Wednesday, April 4, 2012

Who funded the 6P programme? - Private Funding Initiative (PFI)? So who funded, and why?

Malaysian government in Parliament said that they did not spend money on the 6P programme -  and that it was a Private Funding Initiative (PFI) - so the question is where did the funding come for the national registration exercise of documented and undocumented migrants in Malaysia?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN       :         LISAN
DARIPADA            :        YB PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)
TARIKH                :         3 APRIL 2012

SOALAN :
YB. PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah perbelanjaaan dan jumlah pendapatan yang terlibat dalam projek 6P pada tahun 2011. Apakah langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam industri perkhidmatan dan pembuatan di Malaysia.

JAWAPAN :
Terima kasih saya ucapan kepada Ahli Yang Berhormat Seputeh yang mengemukakan pertanyaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program 6P dilaksanakan dengan tujuan untuk mewujudkan satu pangkalan data dan rekod biometric warga asing di Negara ini.

Program 6P dilaksanakan melalui kaedah Private Funding Initiative (PFI), oleh itu Kerajaan tidak menanggung kos operasi badi perlaksanaan program tersebut.

Di antara impak positif perlaksanaan Program 6P adalah seperti berikut:
  1. berupaya mengumpul data berhubung jumlah PATI yang berada di dalam Negara;
  2. membantu memantapkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap wangsa asing melalui pengambilan data biometric, sekali gus meningkatkan kawalan keselamatan negara;
  3. membantu menangani isu pemalsuan identity dan dokumen perjalanan melalui pendaftran data biometric cap jari yang tidak boleh dipalsukan;
  4. memenuhi segera keperluan pekerja asing sector-sektor ekonomi melalui process pemutihan PATI tanpa perlu membawa masuk pekerja asing baru; dan
  5. menangani isu ketirisan dalam pengutipan levi pekerja asing dan sekali gus meningkatkan hasil pendapatan Negara.
Program 6P adalah sebahagian daripada usaha penting dalan agenda Kerajaan untuk memantapkan pengurusan warga asing di Negara ini, sekali gus membantu menangani jenayah rentas sempadan khususnya jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia.

Tuan Yang Di-pertua,

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam industry perkhidmatan dan pembuatan di Malaysia. Selaras dengan Program 6P ini juga Kerajaan telah menangguhkan pengambilan pekerja asing dari luar. Walaubagaimanapun, pihak Kerajaan memberi peluang kepada majikan dan industry untuk mendapatkan pekerja asing melalui Process Pendaftaran dan Pemutihan yang sedang dilaksanakan.

Bagi tujuan ini, pihak Kerajaan telah melonggarkan beberapa syarat dan peraturan di bawah Program 6P ang melibatkan perkara-perkara berikut:
1)    Membuka semula subsektor-subsektor di bawah sektor perkhidmatan yang dibekukan;
2)    Membenarkan sektor di luar dasar sedia ada mendapatkan pekerja asing melalui program pemutihan yang dijalankan; dan
3)    Melonggarkan syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Agensi Kawal Sedia untuk kelulusan pengambilan pekerja asing melalui proses Pemutihan yang dijalankan.

Langkah-langkah yang diambil ini adalah bagi memastikan majikan tidak menghadapi masalah kekurangan tenaga pekerja asing dan seterusnya manjamin kelancaran operasi di sector masing-masing.

Source: Teresa Kok's Blog