Thursday, November 6, 2014

Outsourcing companies no more employers - but only facilitates entry and exit

The answer to the Parliamentary Question to the Home Minister states that 'outsourcing companies' shall no more be the employers of migrant workers, and they will only assist in facilitating the entry and exit of workers {Will try to translate the whole question and answer later)
 
KAEDAH KEMASUKAN PEKERJA ASING SECARA SAH
NO . SOALAN : 18

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN    :               JAWAB LISAN
DARIPADA         :               TUAN HEE LOY SIAN [ PETALING JAYA ]
TARIKH              :               14 OKTOBER 2014

SOALAN               :
Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kaedah kemasukan pekerja asing secara sah, selepas Kementerian mengharamkan kemasukan mereka melalui agensi dan apakah fungsi agen pekerja asing sekarang dalam kemasukan pekerja asing ke negara ini.

JAWAPAN           :
Tuan Yang di-Pertua,

Pada masa ini , Kerajaan hanya membenarkan pengambilan pekerja asing diaksanakan secara terus oleh majikan berdasarkan keputusan Kerajaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin  (JKKPA-PATI) Kali Ke-3 Bil.2/2010 pada 20 Mei 2010 yang bersetuju supaya pengurusan Syarikat Membekal dan Mengurus Pekerja Asing (syarikat outsourcing) diuruskan di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (AAPS 1981 ).Kerajaaan juga memutuskan bahawa syarikat outsourcing bukan lagi sebagai majikan tetapi hanya menguruskan kemasukan dan penghantaran pulang pekerja asing.

Kaedah kemasukan yang ditetapkan oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

(i)   Majikan perlu mendapatkan Sijil JobMalaysia (JCS) daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), sebagai sokongan kepada majikan yang memohon pekerja asing bagi memastikan bahawa kekosongan jawatan tersebut telah diiklankan dan tidak dapat diisi oleh rakyat tempatan;

(ii)  Majikan kemudiannya perlu hadir secara walk-in ke OSC,KDN untuk sesi temuduga dan kelulusan akan diberikan pada hari yang sama dengan mengemukakan permohonan pengambilan pekerja asing yang lengkap di OSC, KDN.Agensi Kawal Selia (AKS) sektor berkenaan akan menjalankan temuduga dengan majikan untuk meneliti permohonan tersebut .Kelulusan pengambilan pekerja asing juga adalah berdasarkan keperluan sebenar majikan dan berdasarkan syarat dan nisbah kelayakan yang ditetapkan oleh Agensi Kawal Selia masing-masing;

(iii)  Majikan  yang telah mendapat kelulusan  dikehendaki untuk membuat bayaran levi tahun pertama di Bahagian Pengurusan Pekerja Asing , Kementerian Dalam Negeri ;dan

(iv)   Majikan seterusnya dikehendaki berurusan secara terus dengan Jabatan Imigresen Malaysia bagi mendapatkan Surat Kelulusan Visa DEngan Rujukan  (VDR) dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
Sehubungan ini juga, pada masa ini syarikat outsourcing yang dilntik oleh Kementerian Dalam Negeri hanya dibenarkan untuk membekal dan menguruskan pekerja asing yang telah diluluskan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment